Headlines News :
Home » » Banyak Jalan Menuju Amal Kebaikan

Banyak Jalan Menuju Amal Kebaikan

Written By ASEP KUMIS on Rabu, 25 Januari 2012 | 1/25/2012 03:08:00 AM

Banyak jalan menuju amal kebaikan, di antaranya beriman kepada Allah, berjihad membela agama-Nya, memerdekakan hamba sahaya, memberi pertolongan kepada seseorang pekerja, mengerjakan sesuatu bagi seseorang yang kurang pandai bekerja,
menahan watak buruk, tidak mengganggu orang lain, bersedekah, mengucapkan kalimah thayibah, menyingkirkan sesuatu yang berbahaya dari jalan.

Dari Abu Zar, iaitu Jundub bin Junadah r.a., katanya: “Saya berkata: Ya Rasulullah, amalan manakah yang lebih utama – banyak fadhilahnya?” Beliau s.a.w. menjawab: “Iaitu beriman kepada Allah dan berjihad untuk membela agamaNya.” Saya bertanya lagi: “Hamba sahaya manakah yang lebih utama?” Beliau s.a.w. menjawab: “Iaitu yang dipandang terindah bagi pemiliknya serta yang termahal harganya.”

Saya bertanya pula: “Jikalau saya tidak dapat mengerjakan itu -yakni berjihad fi-sabilillah ataupun memerdekakan hamba sahaya yang mahal harganya, maka apakah yang dapat saya lakukan?” Beliau s.a.w. bersabda: “Berilah pertolongan kepada seseorang pekerja – shani’ – atau engkau mengerjakan sesuatu kepada seseorang yang kurang pandai bekerja – akhraq.” Saya berkata pula: “Ya Rasulullah, bukankah Tuan telah mengetahui, jikalau saya ini lemah sekali dalam sebahagian pekerjaan?” Beliau s.a.w. bersabda:

“Tahanlah keburukanmu, jangan sampai mengenai orang banyak, amalan sedemikian itu pun merupakan sedekah daripadamu untuk dirimu sendiri – yakni tidak mengganggu orang lain.” (Muttafaq ‘alaih)

Lafaz Shani’ - yang ertinya pekerja – dengan menggunakan shad muhmalah, itulah yang masyhur. Tetapi ada riwayat lain yang menyebutkan bahawa kalimat itu berbunyi dha-i’, yakni dengan mu’jamah – dhad, maka ertinya ini ralah orang yang mempunyai banyak apa-apa yang hilang, misalnya kerana kefakirannya ataupun kerana kekurangan keluarga-keluarganya dan lain-lain lagi. Adapun akhraq itu ertinya ialah orang yang tidak dapat memperbaguskan apa-apa yang sedang diusahakan untuk mengerjakannya.

Dari Abu Zar r.a. juga bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu setiap paginya hendaklah memberikan sedekahnya, maka tiap setasbihan – bacaan Subhanallah – adalah sedekah, tiap setahmidan -bacaan Alhamdulillah – adalah sedekah, tiap setahlilan bacaan La ilaha illallah - adalah sedekah, tiap setakbiran – bacaan AllahuAkbar – adalah sedekah, memerintah pada kebaikan adalah sedekah, melarang kemungkaran adalah sedekah dan yang sedemikian itu dapat dicukupi – diimbangi pahalanya – oleh dua rakaat yang seseorang itu bersembahyang dengannya di waktu dhuha – antara sedikit setelah terbitnya matahari sampai matahari di tengah-tengah atau istiwa’.”  (Riwayat Muslim)

Dari Abu Zar juga, katanya: “Nabi s.a.w. bersabda: “Ditunjukkanlah padaku amalan-amalan ummatku, yang baik dan yang buruk. Maka saya mengetahuinya dalam golongan amalan-amalan yang baik adalah menyingkirkan sesuatu yang berbahaya dari jalan, sedang dari golongan amalan-amalan yang buruk ialah dahak yang dilakukan di dalam masjid dan tidak ditanam.” (Riwayat Muslim) 


http://ddhongkong.org/banyak-jalan-menuju-amal-kebaikan/
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Copas 4 Islam - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template